Pertandingan Kuiz Asean 2012 telah diadakan serentak secara 'online' di seluruh negara pada 22 Mac 2012. Di Marudi, terdapat 2 buah sekolah menyertai iaitu SMK Marudi & SMK Telang Usan serta pertandingan ini telah diadakan bertempat di Pusat Jalur Lebar Komuiti (PJK) Pekan Marudi. SMK Marudi telah menghantar 9 orang pelajar manakala SMK Telang Usan seramai 10 orang pelajar. Pertandingan Kuiz Asean ini dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris, mempunyai 40 soalan objektif, 10 soalan pilihan jawapan betul atau salah & 1 soalan esei & berlangsung selama 1 jam 15 minit.
Para pelajar yang berjaya akan dimaklumkan kemudian melalui sekolah. Hanya 15 orang pelajar dari seluruh Malaysia akan dipilih ke peringkat separuh akhir pada 10 April 2012 bertempat di Putrajaya. Diperingkat akhir hanya 5 pelajar akan terpilih berlangsung pada 12 April 2012 bertempat di RTM. 3 orang pelajar terbaik akan mewakili Malaysia ke Kemboja pada Ogos nanti.
Pelajar SMK Marudi |
Peserta SMK Telang Usan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan