Pertandingan Sketsa Rukun Negara Kelab 1Malaysia Peringkat Negeri Sarawak akan diadakan pada 29 Spetember ini bertempat di Sarikei, Sarawak. Pertandingan anjuran Jabatan Penerangan ini bertujuan memberi pemahaman konsep Rukun Negara kepada pelajar-pelajar sekolah. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai medium dalam setiap
persembahan memantapkan lagi penguasaan peserta di samping memupuk
semangat cintakan bahasa kebangsaan. Dalam pertandingan kali ini sebanyak 13 buah
sekolah terpilih mewakili setiap daerah untuk berentap merebut gelaran
juara yang sekaligus melayakkan mereka mewakili Sarawak ke pertandingan
peringkat kebangsaan. Kita doakan Selamat maju jaya Kelab 1Malaysia SMK Marudi! Go Marudian!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan