Sekolah kerajaan negeri yang pertama, Marudi Goverment Secondary School atau kini sekolah tersebut dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Marudi akan menyambut Jubli Emas 50 tahunnya yang akan diraikan pada majlis makan malam pada 16 Mei tahun ini. Marudi Goverment Secondary School yang ditubuhkan pada 1963 telah melahirkan ramai pemimpin tersohor negeri ini, antaranya ialah Datuk Seri Idris Jala, Datu Robert Lian, Datu Ose Murang serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datuk Sylvester Entri Muran.
Bagi menghargai sumbangan sekolah mereka, sekumpulan bekas pelajar tersebut termasuk dari tahun 1963 telah tampil menganjurkan sambutan Jubli Emas sempena 50 tahun penubuhannya dalam dua acara. Jawatankuasa penganjur tersebut diketuai Dr Tie Yiu Liong merancang mengadakan dua acara gemilang sempena sambutan Jubli Emas tersebut, pertama ialah majlis makan malam yang akan diadakan di Hotel Mega pada 16 Mei 2013 ini.
“Manakala pada 17 Mei, akan diadakan sambutan Jubli Emas di sekolah tersebut di Marudi,” kata timbalan pengerusi jawatankuasa penganjur Francis King Chiu Tiong pada sidang media di sini baru-baru ini. Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat kedua jawatankuasa berkenaan berhubung kedua-dua acara tersebut.
“Untuk acara jamuan makan malam di Hotel Mega pada 16 Mei, tiket-tiket berharga RM60 seorang untuk bekas pelajar dan pasangan mereka, ini bermakna mereka yang membawa pasangan masing-masing hanya perlu membayar RM120.
“Manakala bagi bekas kakitangan sekolah yang termasuk guru besar, guru-guru dan kakitangan bukan guru yang pernah berkhidmat untuk sekolah tersebut dari 1963 hingga kini, mereka boleh datang secara percuma tanpa perlu membeli tiket,” jelasnya.
Untuk maklumat lanjut mengenai majlis tersebut sila hubungi ahli jawatankuasa penganjur terdiri daripada William Ng (013-8398520, williamngks@yahoo.com), Wong Hin Chai (013-8359915, smkmarudi@yahoo.com.my), Dr Tie Yiu Liong (019-8175769, yiuliong@yahoo.com), Francis King Chiu Tiong (019-8172456, kingchiutiong@gmail.com), Paul Hii (013-8378172, chcyien@yahoo.com), Johnny Hii (019-8844603, jhiiyk@gmail.com), Koh Ek Chong (0119-8842890, kohekchong@hotmail.com), Wong Swee Ho (012-8776653), rowongsh@gmail.com), Goh Swee Ngo (016-8719357, bettygohsweengo@yahoo.com) ataupun Lim Cheng Ling (016-8987648, chengling@gmail.com).
Mereka juga boleh melayari laman web sekolah berkenaan www.facebook.com/mgss2013 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kedua-dua majlis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan