Selasa, 23 Disember 2008

MERRY CHRISTMAS & HAPPY NEW YEAR


Buat
Semua Ahli & Guru Penyelaras Kelab Setia

serta semua warga SMK Marudi yang menyambutnya.

Sabtu, 22 November 2008

MAJLIS PENGHARGAAN & PENYAMPAIAN SIJIL AHLI KELAB SETIA

Majlis ini telah diadakan pada 22/11/2008 di Blok Pertanian, SMK Marudi. Ia bagi menghargai sumbangan ahli AJK Kelab Setia Sesi 2007/08 yang telah banyak memberikan komitmen yang tinggi bagi menjayakan segala aktiviti. Penyampaian sijil telah disampaikan oleh En. Joseph James, Pegawai Penerangan Daerah Marudi. Turut hadir Guru Penyelaras, En. Anderson Jawi, Penyelaras Kelab Setia Daerah, Wirwan Nor Rama & ahli Kelab Setia.

Ucapan oleh Mantan Presiden, Francis

Guru Penyelaras, Cikgu Anderson

Ucapan Amanat oleh Pegawai Penerangan Daerah, En. Joseph James.



Sabtu, 20 September 2008

Perjumpaan AJK & Penyampaian Hadiah

Pada 10/9/2008 telah diadakan Perjumpaan AJK serta Penyampaian Hadiah bagi Pertandingan mengumpul kotak minuman, Pertandingan Melukis Poster & Kuiz Kenegaraan (Pertandingan tersebut telah berlangsung pada bulan Ogos).

Guru Penyelaras, Gikgu Anderson menyampaikan amanat kepada ahli-ahli Kelab Setia.



Hasil kreativiti & usaha ahli Kelab Setia SMK Marudi telah berjaya membina replika Twin Tower dari Pertandingan mengumpul kotak minuman antara kelas yang telah diadakan.





Isnin, 1 September 2008

Replika Menara Bekembar Petronas

Pembinaan Replika Menara Bekembar Petronas ini berlangsung di antara 10 hingga 29 Ogos 2008 dengan menggunakan kotak minuman yang terpakai. Pada 1 hingga 9 Ogos sebelum itu, telah diadakan Pertandingan Mengumpul Kotak Minuman di antara kelas untuk tujuan pembinaan menara tersebut. Johan pertandingan tersebut adalah Tingkatan 3C, Naib Johan Tingkatan 1B manakala ketiga ialah Tingkatan 1F. Semua ahli-ahli Kelab Setia telah terlibat sama bertungkus-lumus dalam menghasilkan replika menara ini.

Syabas Kelab Setia SMK Marudi!

Membuat persediaan sempena sambutan Malam Merdeka 2008

Sabtu, 30 Ogos 2008

Pertandingan Melukis Poster & Kuiz Kenegaraan

Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan tahun ini Kelab Setia telah mengadakan Kuiz Kenegaraan pada 28 Ogos 2008 dan telah melibatkan semua pelajar sekolah menyertainya. Pada 30 Ogos 2008 pula Kelab Setia sekali lagi telah mengadakan Pertandingan Melukis Poster. Seramai 43 orang pelajar telah menyertainya.


Isnin, 30 Jun 2008

MESYUARAT AGUNG & PEMILIHAN AJK SESI 2008/2009

Pada 17/06/2008 telah berlangsung Mesyuarat Agung bagi tahun ini serta Pemilihan AJK Kelab Setia SMK Marudi yang baru untuk sesi 2008/2009. Mesyuarat dihadiri Guru Penyelaras, Cikgu Anderson Jawi & Cikgu Wee Wei Chien serta 80 orang ahli. Untuk Sesi 2008/09, keahlian mendapat sambutan yang hangat dengan seramai 104 ahli.


SENARAI JAWATANKUASA SESI 2008/2009

EMILY ENO SIGAU
Presiden

HUONG YOU XIONG
Timbalan Presiden

MELISA AK SATOR

Setiausaha

MIRALIA AK BARENG
Penolong Setiausaha

NORITA AREN WILFRED
Bendahari

Ahli Jawatankuasa
CHRISTINA UMPAI
HUONG YOU EE
FRANLIN MARCUS
MARIANA KELING
ROSELINA JAWAI
HARNOMY LING JAU
JOSEPHINE BUJANG
MARIA USUN
DORIATY SUPANG
MARYLYNN CANDU
MAGDALENE UDING
MAUREEN AREN

Selasa, 13 Mei 2008

BENGKEL JURU ACARA MAJLIS

Bengkel ini telah diadakan pada 10/05/2008 dengan En. Idris Hassan sebagai fasilitator/penceramah bengkel & disertai seramai 30 orang peserta.

Peserta Bengkel Juru Acara Majlis














En. Idris menerangkan cara-cara membuat skrip MC yang betul.