Isnin, 1 Oktober 2012

Pertandingan Sketsa Rukun Negara Kelab 1Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2012


Pertandingan Sketsa Rukun Negera Kelab 1Malaysia merupakan pertandingan yang julung kali diadakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia. Pertandingan akhir Sketsa Rukun Negara Kelab 1Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2012 telah diadakan pada 29 September 2012 bertempat di Dewan Perpaduan, Kampung Seberang, Sarikei.
Sebanyak 15 buah Kelab 1Malaysia dari 13 buah sekolah menengah (kecuali Bahagian Sri Aman/Betong dan Bahagian Kapit) di seluruh Negeri Sarawak telah mengambil bahagian di dalam pertandingan tersebut. 
Johan pertandingan ialah pasukan dari Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri; tempat kedua dimenangi oleh pasukan dari SMK. Methodist (A); tempat ketiga ialah pasukan dari SMK. Merapok, Lawas manakala pasukan dari SMK. Sg. Paoh, Sarikei dan SMK Marudi mendapat hadiah sagu hati.
Seramai 300 orang terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan/ Agensi Kerajaan, Ketua Kaum/Masyarakat, ahli-ahli Komuniti 1Malaysia, ahli-ahli Pertubuhan Bukan Kerajaan dan pelajar sekolah-sekolah menengah telah hadir bagi menyaksikan pertandingan tersebut. Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Murni Bin Suhaili, ADUN N.37 Daro.




SYABAS SMK MARUDI!