Sabtu, 20 September 2008

Perjumpaan AJK & Penyampaian Hadiah

Pada 10/9/2008 telah diadakan Perjumpaan AJK serta Penyampaian Hadiah bagi Pertandingan mengumpul kotak minuman, Pertandingan Melukis Poster & Kuiz Kenegaraan (Pertandingan tersebut telah berlangsung pada bulan Ogos).

Guru Penyelaras, Gikgu Anderson menyampaikan amanat kepada ahli-ahli Kelab Setia.



Hasil kreativiti & usaha ahli Kelab Setia SMK Marudi telah berjaya membina replika Twin Tower dari Pertandingan mengumpul kotak minuman antara kelas yang telah diadakan.





Isnin, 1 September 2008

Replika Menara Bekembar Petronas

Pembinaan Replika Menara Bekembar Petronas ini berlangsung di antara 10 hingga 29 Ogos 2008 dengan menggunakan kotak minuman yang terpakai. Pada 1 hingga 9 Ogos sebelum itu, telah diadakan Pertandingan Mengumpul Kotak Minuman di antara kelas untuk tujuan pembinaan menara tersebut. Johan pertandingan tersebut adalah Tingkatan 3C, Naib Johan Tingkatan 1B manakala ketiga ialah Tingkatan 1F. Semua ahli-ahli Kelab Setia telah terlibat sama bertungkus-lumus dalam menghasilkan replika menara ini.

Syabas Kelab Setia SMK Marudi!

Membuat persediaan sempena sambutan Malam Merdeka 2008