Isnin, 29 Jun 2009

Mesyuarat Agung Pemilihan AJK Kelab Setia Sesi 2009/2010


Pada 29/06/2009, bertempat di Bilik APD SMK Marudi telah diadakan Mesyuarat Agung Pemilihan Ahli Jawatankuasa Kelab Setia untuk Sesi 2009/2010. Turut hadir pada Mesyuarat Agung pada malam tersebut adalah Pegawai Penerangan Daerah, En. Joseph James, guru penyelaras, Cikgu Anderson Jawi, Penyelaras Kelab Setia, Wirwan Nor Rama dan AJK Kelab Setia yang lama yang juga selaku petugas sewaktu proses pilihan raya diadakan. Penamaan calon telah berlangsung seminggu lebih awal dan telah menerima banyak pencalonan. Pada malam tersebut menyaksikan pemilihan AJK melalui proses pilihan raya yang julung kalinya diadakan di mana jawatan Presiden, Setiausaha dan Bendahari dipertandingkan. Ia sebagai memberi pendedahan kepada ahli-ahli Kelab Setia mengenai proses semasa pilihan raya.

Guru Penyelaras, Cikgu Anderson memberikan ucapan aluan
& memberi penerangan mengenai proses pilihan raya



Proses pembuangan undi berjalan dengan lancar



Calon-calon yang bertanding jawatan tertinggi AJK

Proses pengiraan undi dijalankan

Mantan Presiden, Emily Eno menyampaikan ucapan

Presiden baru, Joseph Madang menyampaikan ucapan pertama beliau

Pegawai Penerangan Daerah, En. Joseph James memberi
amanat kepada ahli-ahli Kelab Setia

Jawatankuasa Kelab Setia SMK Marudi yang baru sesi 2009/2010

Presiden : Joseph Madang
Timbalan Presiden : Sebastian Sim
Setiausaha : Timothy Lenjau
Timbalan Setiausaha : Vivien Avit
Bendahari : Sylvester Laing Belulok
Timbalan Bendahari : Morris Ding Luhat