Jumaat, 17 April 2009

SENARAI NAMA PEMENANG KUIZ ASEAN 2009 PERINGKAT NEGERI


Kuiz Asean yang berlangsung pada bulan lepas sememangnya tidak akan dapat dilupakan. Ia menyaksikan buat julung kalinya diadakan secara online serentak diseluruh negeri. Walaupun menghadapi pelbagai masalah teknikal namun ia tetap dijalankan dengan sebaik mungkin. Hampir kebanyakkan sekolah menengah di seluruh Malaysia telah menyertainya. Akhirnya keputusannya telah ada dan boleh disemak di laman web Jabatan Penerangan. KLIK SINI Walaupun peserta dari SMK Marudi tidak berjaya namun mereka telah mencuba yang terbaik. Syabas diucapkan kepada mereka.

Khamis, 2 April 2009

KUIZ ASEAN 27/03/09

Kuiz Asean telah ditunda & diadakan pada 27/03/09 yang lalu. Hanya 5 orang peserta dari SMK Marudi menyertai kuiz kali memandangkan 5 peserta yang sebelumnya telah berjaya menjawab kuiz terdahulu. Dan para guru & pegawai yang memantau perjalanan Kuiz pada hari tersebut ialah Cikgu Roslan, Guru Kanan, Cikgu Anderson, Guru Penyelaras & Encik Mohd Nizam, Pegawai dari Jab. Penerangan. Kita doakan semoga mereka berjaya! All the best SMK Marudi!