Selasa, 20 September 2011

PERHIMPUNAN HARI MALAYSIA

Pada 16.09.2011, Kelab Setia SMK Marudi sekali lagi terlibat dalam menjayakan program sambutan Perhimpunan Hari Malaysia yang diadakan di Dataran Marudi. Seramai 20 orang ahli mengikuti program ini yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Sylvester Entri ak Muran, Menteri Muda Kemudahan Awam & Menteri Muda Pertubuhan Peladang Sarawak.

Khamis, 15 September 2011

PROJEK BENDERA JALUR GEMILANG

Projek ini merupakan inisiatif & kreativiti semua para ahli Kelab Setia. Atas kegigihan & kerjasama yang ditunjukkan semua ahli yang bertungkus lumus dalam menghasilkan jahitan tangan bendera Malaysia ini . Projek ini dijalankan sepanjang sambutan Bulan Kemerdekaan & Hari Malaysia.