Rabu, 25 Mac 2009

KUIZ ASEAN

Hari ini 25/03/2009 telah berlangsung Kuiz Asean Peringkat Negeri di seluruh sekolah di Malaysia yang mempunyai Kelab Setia. Ia diadakan serentak di seluruh negeri bermula pada jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

Namun sepanjang Kuiz Asean hari ini berlangsung telah mengalami masalah talian & mengakses laman web soalan tersebut. Para pelajar dari SMK Marudi telah berusaha sepanjang hari untuk mengakses ke laman web tersebut tetapi gagal mengaksesnya, cuma hanya seorang peserta yang berjaya namun akhirnya tersekat semasa menjawab soalan.

Masalah ini dilaporkan dihadapi di semua sekolah & Kuiz Asean ini telah ditunda ke tarikh 27/03/2009, Jumaat bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Diharap masalah yang sama tidak berulang & dapat di atasi demi menjaga imej jabatan.



Selasa, 24 Mac 2009

PERCUBAAN KUIZ ASEAN

Pada Selasa, 24 Mac 2009 telah diadakan percubaan Kuiz Asean oleh para peserta-peserta dari SMK Marudi di bilik maklumat sekolah. Namun pada waktu tengahari tersebut talian internet di sekolah mengalami masalah & web soalan Kuiz Asean langsung tidak dapat diskses oleh para pelajar.


Memandangkan percubaan ini penting bagi mengetahui keadaan sistem sebelum diadakan Kuiz Asean yang sebenar pada keesokkan harinya 25 Mac 2009. Ia dicadangkan agar diadakan di Pusat Maklumat Rakyat, Pejabat Penerangan Daerah Marudi pada sebelah petangnya. Pada permulaan kebanyakkan para pelajar dapat mengakses web soalan Kuiz Asean tersebut namun kemudian mengalami masalah talian internet.

Turut hadir pada percubaan Kuiz Asean ini ialah 10 orang pelajar peserta terdiri daripada ahli Kelab Setia, Cikgu Anderson, guru Penyelaras, Cikgu Roslan, Guru Kanan & guru teknikal ICT sekolah. Di atas perbincangan dengan guru & juru teknikal ICT sekolah terbabit supaya ia akan diadakan di tempat yang mempunyai talian internet Streamyx yang akan diputuskan pada pagi keesokannya & dengan persediaan komputer riba.


Isnin, 16 Mac 2009

Jamuan Perayaan Tahun Baru Cina

Ia telah diadakan pada 6/3/2009 di Blok Pertanian sempena Sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini. Ia dihadiri hampir semua AJK & ahli Kelab Setia beserta guru penyelaras Cikgu Anderson & Cikgu Wee. Turut serentak diadakan jamuan Ulangtahun Hari Lahir salah seorang AJK iaitu Marylyn Chandu.