Selasa, 7 Mei 2013

SMK Marudi meraikan Jubli Emas 50 tahun & Reunion



Sekolah kerajaan neg­eri yang pertama, Maru­di Goverment Secondary School atau kini sekolah tersebut dike­nali sebagai Sekolah Menen­gah Kebangsaan (SMK) Marudi akan menyambut Jubli Emas 50 tahunnya yang akan diraikan pada majlis makan malam pada 16 Mei tahun ini. Marudi Goverment Sec­ondary School yang ditu­buhkan pada 1963 telah melahirkan ramai pemimpin tersohor negeri ini, antaranya ialah Datuk Seri Idris Jala, Datu Robert Lian, Datu Ose Murang serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datuk Sylvester Entri Muran.

Bagi menghargai sum­bangan sekolah mereka, sekumpulan bekas pelajar tersebut termasuk dari tahun 1963 telah tampil mengan­jurkan sambutan Jubli Emas sempena 50 tahun penubu­hannya dalam dua acara. Jawatankuasa penganjur tersebut diketuai Dr Tie Yiu Liong merancang men­gadakan dua acara gemilang sempena sambutan Jubli Emas tersebut, pertama ialah majlis makan malam yang akan diadakan di Hotel Mega pada 16 Mei 2013 ini.

“Manakala pada 17 Mei, akan diadakan sambutan Jubli Emas di sekolah terse­but di Marudi,” kata timba­lan pengerusi jawatankuasa penganjur Francis King Chiu Tiong pada sidang media di sini baru-baru ini. Terdahulu, beliau mem­pengerusikan mesyuarat kedua jawatankuasa berk­enaan berhubung kedua-dua acara tersebut.

“Untuk acara jamuan makan malam di Hotel Mega pada 16 Mei, tiket-tiket ber­harga RM60 seorang untuk bekas pelajar dan pasangan mereka, ini bermakna mere­ka yang membawa pasangan masing-masing hanya perlu membayar RM120.
“Manakala bagi bekas kakitangan sekolah yang ter­masuk guru besar, guru-guru dan kakitangan bukan guru yang pernah berkhidmat untuk sekolah tersebut dari 1963 hingga kini, mereka boleh datang secara percuma tanpa perlu membeli tiket,” jelasnya.


Untuk maklumat lanjut mengenai majlis tersebut sila hubungi ahli jawatankuasa penganjur terdiri daripada William Ng (013-8398520, williamngks@yahoo.com), Wong Hin Chai (013-8359915, smkmarudi@yahoo.com.my), Dr Tie Yiu Liong (019-8175769, yiuliong@yahoo.com), Francis King Chiu Tiong (019-8172456, kingchiutiong@gmail.com), Paul Hii (013-8378172, ch­cyien@yahoo.com), Johnny Hii (019-8844603, jhiiyk@gmail.com), Koh Ek Chong (0119-8842890, kohek­chong@hotmail.com), Wong Swee Ho (012-8776653), rowongsh@gmail.com), Goh Swee Ngo (016-8719357, bettygohsweengo@yahoo.com) ataupun Lim Cheng Ling (016-8987648, chengling@gmail.com).

Mereka juga boleh mela­yari laman web sekolah berkenaan www.facebook.com/mgss2013 untuk meng­etahui lebih lanjut mengenai kedua-dua majlis.