Rabu, 23 November 2011

PENYERAHAN LAPTOP 1MALAYSIA

Cikgu Nur Lydiana menerima laptop dari YB Dato Jacob
Majlis Penyerahan Laptop 1Malaysia kepada Kelab Setia SMK Marudi sempena Program Sepakat Komuniti 1Malaysia Daerah Marudi yang telah disampaikan oleh YB Dato Jacob Dungau Sagan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri yang juga Ahli Parlimen P.220 Baram pada 12.11.2011 bertempat di Dataran Marudi. Guru Penyelaras, Cik Nur Lydiana telah menerima laptop tersebut bagi pihak Kelab Setia SMK Marudi.


Ahad, 9 Oktober 2011

PENGIMARAHAN PUSAT MAKLUMAT RAKYAT & PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN

Sekali lagi Kelab Setia SMK Marudi telah menjayakan Program Pengimarahan Pusat Maklumat Rakyat (PMR) bertempat PMR @Pejabat Penerangan Daerah Marudi pada 22.09.2011 yang lepas. Taklimat berkenaan PMR telah disampaikan oleh Pegawai Daerah Marudi, En. Joseph James. Turut hadir bersama guru penyelia tingkatan 6, Cikgu Rait, guru penyelaras, Cik Nur Lydiana, En. Jubey Johet & AJK Kelab Setia.
Disamping itu, turut dilakukan penyampaian sijil penghargaan kepada para ahli Kelab Setia Tingkatan 6 Sesi 2010/2011.

Selasa, 20 September 2011

PERHIMPUNAN HARI MALAYSIA

Pada 16.09.2011, Kelab Setia SMK Marudi sekali lagi terlibat dalam menjayakan program sambutan Perhimpunan Hari Malaysia yang diadakan di Dataran Marudi. Seramai 20 orang ahli mengikuti program ini yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Sylvester Entri ak Muran, Menteri Muda Kemudahan Awam & Menteri Muda Pertubuhan Peladang Sarawak.

Khamis, 15 September 2011

PROJEK BENDERA JALUR GEMILANG

Projek ini merupakan inisiatif & kreativiti semua para ahli Kelab Setia. Atas kegigihan & kerjasama yang ditunjukkan semua ahli yang bertungkus lumus dalam menghasilkan jahitan tangan bendera Malaysia ini . Projek ini dijalankan sepanjang sambutan Bulan Kemerdekaan & Hari Malaysia.

Rabu, 24 Ogos 2011

Mesyuarat Agung Kelab Setia Sesi 2011/2012


Mesyuarat Agung Kelab Setia bagi pemilihan AJK Baru Sesi 2011/2012 telah diadakan pada 23.08.2011 bertempat Bilik APD SMK Marudi. Ia telah dihadiri Pegawai Penerangan Daerah Marudi, En. Joseph James, Guru Penyelia Tingkatan 6, Cikgu Rait, Guru Penyelaras Cikgu Nur Lydiana, Cikgu Jubey Johet, Penyelaras Kelab Setia, En. Wirwan & AJK Kelab Setia Sesi 2011/2012.


AJK KELAB SETIA SMK MARUDI SESI 2011/2012

PRESIDEN : JULIAN DAUD
TIMBALAN PRESIDEN : NATAFIE UBONG
SETIAUSAHA : VICTOR CHONG
PEN. SETIAUSAHA : ROSE ENDONG
BENDAHARI : CYNTHIA JOHN

AHLI JAWATANKUASA
DICKSON TANJONG
AZMI ABDULLAH
ANGELA PUYANG
JOYCE ULAU
PRISCILLA LAHEI
ROSE PING
EMELLY SIGAU
DERA POM
TERISA GAWAN
EVELYN UNYANG
VERONICA CAROLINE
CHRISTINA SULING