Jumaat, 23 November 2012

JAMUAN PENGHARGAAN AKHIR TAHUN 2012

Pada 3 November 2012 telah diadakan Majlis Jamuan Akhir Tahun bagi menghargai ahli-ahli Kelab 1Malaysia SMK Marudi. Majlis tersebut telah dihadiri En. Joseph James, Pegawai Penerangan Daerah Marudi, guru penyelaras, En. Mohd Hidayat, En. Jubey Johet, En. Wirwan, pegawai penyelaras & para guru Tingkatan 6. Seramai  60 orang ahli hadir memeriahkan majlis tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan bergotong-royong memasak BBQ, ucapan, persembahan nyanyian & tarian para ahli & cabutan tiket bertuah.

Ucapan guru penyelaras

Ucapan Pegawai Penerangan Daerah



Persembahan tarian


Berkaraoke


Cabutan tiket bertuah



Isnin, 1 Oktober 2012

Pertandingan Sketsa Rukun Negara Kelab 1Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2012


Pertandingan Sketsa Rukun Negera Kelab 1Malaysia merupakan pertandingan yang julung kali diadakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia. Pertandingan akhir Sketsa Rukun Negara Kelab 1Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2012 telah diadakan pada 29 September 2012 bertempat di Dewan Perpaduan, Kampung Seberang, Sarikei.
Sebanyak 15 buah Kelab 1Malaysia dari 13 buah sekolah menengah (kecuali Bahagian Sri Aman/Betong dan Bahagian Kapit) di seluruh Negeri Sarawak telah mengambil bahagian di dalam pertandingan tersebut. 
Johan pertandingan ialah pasukan dari Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri; tempat kedua dimenangi oleh pasukan dari SMK. Methodist (A); tempat ketiga ialah pasukan dari SMK. Merapok, Lawas manakala pasukan dari SMK. Sg. Paoh, Sarikei dan SMK Marudi mendapat hadiah sagu hati.
Seramai 300 orang terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan/ Agensi Kerajaan, Ketua Kaum/Masyarakat, ahli-ahli Komuniti 1Malaysia, ahli-ahli Pertubuhan Bukan Kerajaan dan pelajar sekolah-sekolah menengah telah hadir bagi menyaksikan pertandingan tersebut. Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Murni Bin Suhaili, ADUN N.37 Daro.




SYABAS SMK MARUDI!




Selasa, 25 September 2012

Pertandingan Sketsa Rukun Negara Kelab 1Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2012


Pertandingan Sketsa Rukun Negara Kelab 1Malaysia Peringkat Negeri Sarawak akan diadakan pada 29 Spetember ini bertempat di Sarikei, Sarawak. Pertandingan anjuran Jabatan Penerangan ini bertujuan memberi pemahaman konsep Rukun Negara kepada pelajar-pelajar sekolah. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai medium dalam setiap persembahan memantapkan lagi penguasaan peserta di samping memupuk semangat cintakan bahasa kebangsaan. Dalam pertandingan kali ini sebanyak 13 buah sekolah terpilih mewakili setiap daerah untuk berentap merebut gelaran juara yang sekaligus melayakkan mereka mewakili Sarawak ke pertandingan peringkat kebangsaan. Kita doakan Selamat maju jaya Kelab 1Malaysia SMK Marudi! Go Marudian!

Rabu, 12 September 2012

Mesyuarat Agong 2012 & Majlis Penyerahan Tugas

AJK Sesi 2011/12 &  Sesi 2012/13
Pada 11.09.2012 bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Marudi telah diadakan Mesyuarat AGM  & Pemilihan AJK Tertinggi Kelab 1Malaysia untuk Sesi 2012-2013. Majlis telah dihadiri oleh Pegawai Penerangan Daerah Marudi, En. Joseph James, Pegawai Penyelaras & Guru-guru Penyelaras En. Mohd Hidayat & En. Jubey Johet

Nyanyian Lagu Negaraku
Lafaz Ikrar Kelab 1Malaysia
Ucapan Presiden lama, Jacqueline

Ucapan Guru Penyelaras En. Mohd Hidayat
Ucapan & Amanat dari PPD Joseph James

Pilihan Raya AJK Tertinggi berlangsung
Penyampaian Sijil Penghargaan AJK Sesi 2011/12 oleh PPD
Ucapan Presiden baru, Oliviana Buja
AJK Baru Sesi 2012/13
SENARAI AJK KELAB 1MALAYSIA SMK MARUDI SESI 2012/2013

PRESIDEN               :       OLIVIANA AK BUJA
                                         NAIB PRESIDEN     :      JOHN PETRUS
                                         SETIAUSAHA           :      IRENE LIM
                                         NAIB SETIAUSAHA :     SOFIA LASAU
BENDAHARI           :       MARTONY MADANG
N.BENDAHARI       :       ROZLAN B. REDUAN

AHLI JAWATANKUASA:
SANDRA USUN
ERICA TIPONG
FREDRICK ASIN
SHEENA EDIMOND
DIANA MEDING
CALVIN JUSTIN
BETTY ROSE
AJK Sesi 2011/12

Khamis, 19 Julai 2012

PERTANDINGAN KECERIAAN BULAN KEMERDEKAAN 2012


Sekali lagi Pertandingan Keceriaan Bulan Kemerdekaan 2012 kembali lagi. Tempoh pertandingan bermula 15 Julai (Sarawak), 18 Julai (Peringkat Kebangsaan) sehingga 31 Ogos 2012. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga Malaysia dengan beberapa kategori iaitu;

1. Bangunan Kerajaan
2. Bangunan Swasta
3. Kampung (Kg.Tradisional/ Kampung Baru Cina / Kawasan Estet / FELDA)
4. Sekolah (Menengah, Kebangsaan dan Jenis Kebangsaan)
5. Taman Perumahan
6. Individu (kediaman)
7. Pintu Gerbang
8. Anjung Komuniti 1Malaysia

Borang penyertaan boleh didapati di sini atau boleh layari di

Borang yang telah siap diisi hendaklah dihantar kepada :

Pejabat Penerangan Daerah yang berdekatan atau

Urus Setia, Program Keceriaan Bulan Kemerdekaan 2012, 
Jabatan Penerangan Malaysia, 
Tingkat 11, Kompleks Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan,
No. 49, Persiaran Perdana, Persint 4, 62100 Putrajaya  atau

Urus setia, Program Keceriaan Bulan Kemerdekaan 2012, 
Jabatan Penerangan Malaysia, 
Jalan Diplomatik, Off Jalan Bako, Petra Jaya, 93050 Kuching  


Isnin, 2 April 2012

Jumaat, 23 Mac 2012

KHEMAH KERJA KELAB SETIA 1MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2012

Khemah Kerja Kelab Setia 1Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2012 ini telah dadakan bertempat di Taman Negara Similajau, Bintulu pada 10-13 Mac 2012 yang lepas. Seramai 6 orang pelajar dari SMK Marudi telah menyertai program ini bersama guru pengiring. Program ini melibatkan seramai 106 para peserta ahli Kelab Setia di Zon Utara & Tengah.

 Antara obekjetif program ialah 
1. Meningkatkan kefahaman, penghayatan dan menjadikan nilai-nilai yang diterapkan melalui konsep 1 Malaysia sebagai satu amalan di kalangan generasi muda.
2. Menyemarakkan sikap/amalan berkongsi ilmu, kemahiran dan pengalaman di kalangan para peserta bagi memantapkan nilai-nilai jati diri dalam menempuh cabaran terutamanya selepas alam persekolahan. 
3. Menyalurkan maklumat terkini mengenai dasar-dasar kerajaan 


Antara pengisian aktiviti sepanjang program Ceramah, Perbincangan Dalam Kumpulan, Latihan Dalam Kumpulan, Lawatan Sambil Belajar & aktiviti Riadah/Sukan.