Jumaat, 23 Mac 2012

KHEMAH KERJA KELAB SETIA 1MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2012

Khemah Kerja Kelab Setia 1Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2012 ini telah dadakan bertempat di Taman Negara Similajau, Bintulu pada 10-13 Mac 2012 yang lepas. Seramai 6 orang pelajar dari SMK Marudi telah menyertai program ini bersama guru pengiring. Program ini melibatkan seramai 106 para peserta ahli Kelab Setia di Zon Utara & Tengah.

 Antara obekjetif program ialah 
1. Meningkatkan kefahaman, penghayatan dan menjadikan nilai-nilai yang diterapkan melalui konsep 1 Malaysia sebagai satu amalan di kalangan generasi muda.
2. Menyemarakkan sikap/amalan berkongsi ilmu, kemahiran dan pengalaman di kalangan para peserta bagi memantapkan nilai-nilai jati diri dalam menempuh cabaran terutamanya selepas alam persekolahan. 
3. Menyalurkan maklumat terkini mengenai dasar-dasar kerajaan 


Antara pengisian aktiviti sepanjang program Ceramah, Perbincangan Dalam Kumpulan, Latihan Dalam Kumpulan, Lawatan Sambil Belajar & aktiviti Riadah/Sukan. 

 
 
 
  
  
  
   
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Khamis, 22 Mac 2012

PERADUAN MENGARANG ESEI KENEGARAAN 2012


 
Jabatan Penerangan Negeri Sarawak menganjurkan Peraduan Mengarang Esei Kenegaraan 2012 & ianya terbuka kepada warganegara Malaysia menetap di Sarawak.Terdapat 2 kategori penyertaan iaitu kategori pelajar sekolah menengah & kategori orang awam. Peraduan ini terbahagi kepada 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris & Iban. Tarikh tutup peraduan pada 29 JUN 2012. Untuk mendapatkan borang & syarat penyertaan serta maklumat lanjut seperti berikut;
 1. BORANG PENYERTAAN
 2. TAJUK-TAJUK PERADUAN
 3. SYARAT PENYERTAAN (KATEGORI PELAJAR)
 4. SYARAT PENYERTAAN (KATEGORI ORANG AWAM)

PERTANDINGAN KUIZ ASEAN 2012

Pertandingan Kuiz Asean 2012 telah diadakan serentak secara 'online' di seluruh negara pada 22 Mac 2012. Di Marudi, terdapat 2 buah sekolah menyertai iaitu SMK Marudi & SMK Telang Usan serta pertandingan ini telah diadakan bertempat di Pusat Jalur Lebar Komuiti (PJK) Pekan Marudi. SMK Marudi telah menghantar 9 orang pelajar manakala SMK Telang Usan seramai 10 orang pelajar. Pertandingan Kuiz Asean ini dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris, mempunyai 40 soalan objektif, 10 soalan pilihan jawapan betul atau salah & 1 soalan esei & berlangsung selama 1 jam 15 minit. 
 
Para pelajar yang berjaya akan dimaklumkan kemudian melalui sekolah. Hanya 15 orang pelajar dari seluruh Malaysia akan dipilih ke peringkat separuh akhir pada 10 April 2012 bertempat di Putrajaya. Diperingkat akhir hanya 5 pelajar akan terpilih berlangsung pada 12 April 2012 bertempat di RTM. 3 orang pelajar terbaik akan mewakili Malaysia ke Kemboja pada Ogos nanti. 






Pelajar SMK Marudi
Peserta SMK Telang Usan