Jumaat, 11 Disember 2009

MERRY CHRISTMAS & SELAMAT TAHUN BARU

Diucapkan buat
Semua Ahli & Guru Penyelaras Kelab Setia
serta semua warga SMK Marudi yang menyambutnya.
Semoga Kelab Setia SMK Marudi serta ahli-ahlinya terus maju jaya.

Isnin, 16 November 2009

Kelab Setia SMK Marudi mengikuti Program Sepakat Bestari 2009


Pada 7 November 2009, telah berlangsung Program Sepakat Bestari 2009 anjuran Komuniti Bestari Daerah Baram di Dataran Marudi. Turut serta menjayakan program ini ahli-ahli Kelab Setia SMK Marudi seramai 15 orang mengikuti acara Senaman Aerobik pada awal sebelah pagi. Turut bersama guru penyelaras Cikgu Anderson Jawi.


Isnin, 9 November 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL & PERPISAHAN KELAB SETIA 2009


Pada 6 November 2009 di Bilik Mesyuarat, SMK Marudi telah berlangsung Majlis Penyampaian Sijil & Perpisahan Kelab Setia. Ia bersempena bagi menghargai AJK Kelab Setia sesi 2008/2009 yang aktif dan komited mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang tahun. Ia turut diraikan oleh AJK baru sesi 2009/2010 yang diketuai Presiden, Joseph Madang. Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah; Joseph James, Guru Penyelaras; Cikgu Anderson Jawi, Penyelaras; Wirwan Nor Rama. Ini merupakan aktiviti penutup Kelab Setia untuk tahun ini memandangkan peperiksaan dan cuti penghujung tahun menjelang tiba.


Sabtu, 19 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Dikesempatan ini diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli Kelab Setia & semua guru SMK Marudi yang menyambut hari lebaran ini. Maaf Zahir & Batin.

Jumaat, 3 Julai 2009

PENGHARGAAN & TERIMA KASIH KEPADA AJK KELAB SETIA SESI 2008/2009


Jabatan Penerangan Daerah Marudi merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ahli Jawatankuasa Kelab Setia Sesi 2008/2009 di atas sumbangan serta penglibatan mereka yang aktif dalam merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti dengan begitu jayanya. Disamping itu, kerjasama dan usaha yang begitu komited AJK serta semua ahli amatlah dihargai. Diucapkan Selamat Maju Jaya kepada setiap ahli khasnya kepada mantan Presiden Emily Eno, Setiausaha Melisa Sator dan Bendahari Norita Aren.

Isnin, 29 Jun 2009

Mesyuarat Agung Pemilihan AJK Kelab Setia Sesi 2009/2010


Pada 29/06/2009, bertempat di Bilik APD SMK Marudi telah diadakan Mesyuarat Agung Pemilihan Ahli Jawatankuasa Kelab Setia untuk Sesi 2009/2010. Turut hadir pada Mesyuarat Agung pada malam tersebut adalah Pegawai Penerangan Daerah, En. Joseph James, guru penyelaras, Cikgu Anderson Jawi, Penyelaras Kelab Setia, Wirwan Nor Rama dan AJK Kelab Setia yang lama yang juga selaku petugas sewaktu proses pilihan raya diadakan. Penamaan calon telah berlangsung seminggu lebih awal dan telah menerima banyak pencalonan. Pada malam tersebut menyaksikan pemilihan AJK melalui proses pilihan raya yang julung kalinya diadakan di mana jawatan Presiden, Setiausaha dan Bendahari dipertandingkan. Ia sebagai memberi pendedahan kepada ahli-ahli Kelab Setia mengenai proses semasa pilihan raya.

Guru Penyelaras, Cikgu Anderson memberikan ucapan aluan
& memberi penerangan mengenai proses pilihan raya



Proses pembuangan undi berjalan dengan lancar



Calon-calon yang bertanding jawatan tertinggi AJK

Proses pengiraan undi dijalankan

Mantan Presiden, Emily Eno menyampaikan ucapan

Presiden baru, Joseph Madang menyampaikan ucapan pertama beliau

Pegawai Penerangan Daerah, En. Joseph James memberi
amanat kepada ahli-ahli Kelab Setia

Jawatankuasa Kelab Setia SMK Marudi yang baru sesi 2009/2010

Presiden : Joseph Madang
Timbalan Presiden : Sebastian Sim
Setiausaha : Timothy Lenjau
Timbalan Setiausaha : Vivien Avit
Bendahari : Sylvester Laing Belulok
Timbalan Bendahari : Morris Ding Luhat