Ahad, 9 Oktober 2011

PENGIMARAHAN PUSAT MAKLUMAT RAKYAT & PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN

Sekali lagi Kelab Setia SMK Marudi telah menjayakan Program Pengimarahan Pusat Maklumat Rakyat (PMR) bertempat PMR @Pejabat Penerangan Daerah Marudi pada 22.09.2011 yang lepas. Taklimat berkenaan PMR telah disampaikan oleh Pegawai Daerah Marudi, En. Joseph James. Turut hadir bersama guru penyelia tingkatan 6, Cikgu Rait, guru penyelaras, Cik Nur Lydiana, En. Jubey Johet & AJK Kelab Setia.
Disamping itu, turut dilakukan penyampaian sijil penghargaan kepada para ahli Kelab Setia Tingkatan 6 Sesi 2010/2011.