Isnin, 16 November 2009

Kelab Setia SMK Marudi mengikuti Program Sepakat Bestari 2009


Pada 7 November 2009, telah berlangsung Program Sepakat Bestari 2009 anjuran Komuniti Bestari Daerah Baram di Dataran Marudi. Turut serta menjayakan program ini ahli-ahli Kelab Setia SMK Marudi seramai 15 orang mengikuti acara Senaman Aerobik pada awal sebelah pagi. Turut bersama guru penyelaras Cikgu Anderson Jawi.


Isnin, 9 November 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL & PERPISAHAN KELAB SETIA 2009


Pada 6 November 2009 di Bilik Mesyuarat, SMK Marudi telah berlangsung Majlis Penyampaian Sijil & Perpisahan Kelab Setia. Ia bersempena bagi menghargai AJK Kelab Setia sesi 2008/2009 yang aktif dan komited mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang tahun. Ia turut diraikan oleh AJK baru sesi 2009/2010 yang diketuai Presiden, Joseph Madang. Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah; Joseph James, Guru Penyelaras; Cikgu Anderson Jawi, Penyelaras; Wirwan Nor Rama. Ini merupakan aktiviti penutup Kelab Setia untuk tahun ini memandangkan peperiksaan dan cuti penghujung tahun menjelang tiba.