Jumaat, 10 September 2010

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2010

Bersempena dengan sambutan bulan Kemerdekaan, beberapa projek telah dilakukan para ahli Kelab Setia SMK Marudi. Antaranya pembinaan REPLIKA RUMAH PANJANG, ARCA 1MALAYSIA, PENGIIBARAN BENDERA & KAIN RENTANG dijalankan sepanjang bulan Ogos hingga September.


Selasa, 20 Julai 2010

Mesyuarat Agung Kelab Setia Sesi 2010/2011

Mesyuarat Agung Kelab Setia SMK Marudi telah diadakan pada 15 Julai 2010 di Bilik APD SMK Marudi. Ia juga merupakan pemilihan AJK baru bagi Sesi 2010/2011 serta penyerahan tugas. Ia dihadiri oleh Pegawai Penerangan Daerah, Joseph James, guru penyelaras En. Liew, Cikgu Nur Lydiana, En Jubey Johet, Pegawai Penyelaras En. Wirwan & AJK Sesi 2009/2010.

SENARAI AJK BARU SESI 2010/2011

Presiden

:

EDIJAY JAMES

Timbalan Presiden

:

TOMMY JOK

Setiausaha

:

WILVER BATU

Penolong Setiausaha

:

ADAM GERVIN

Bendahari

:

LUCIA LAI



Ahli-Ahli Jawatankuasa

PAULA BERMAS

CATHERINE BONIFACE

FRANLIN MARCUS

EDANG EMANG

AGNES JENU

NINOY LAING

LAWAI MERING

STACY BANDAR


Jumaat, 25 Jun 2010

KHEMAH KERJA KELAB SETIA 1MALAYSIA 2010


Seramai 10 orang ahli Kelab Setia SMK Marudi telah menyertai Khemah Kerja Kelab Setia 1Malaysia peringkat negeri Sarawak 2010 bagi Zon Utara diadakan di Kampung Sukan Petronas Miri selama 3 hari pada 18-20 Jun 2010. Program ini telah dilaksanakan di Zon Utara Sarawak (Bahagian Miri/Bintulu, Limbang). Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya kerja kumpulan, kuiz, permainan, ceramah, dan lawatan ke Muzium Petroleum Miri. Kelab Setia yang terlibat adalah Kelab Setia SMK Chung Hwa, Miri; Kelab Setia SMK Marudi; Kelab Setia SMK Bintulu, Kelab Setia SMK Limbang; Kelab Setia SMK Medamit; Kelab Setia SMK Trusan Lawas; SMK Riam, Miri; SMK Taman Tunku, Miri; SMK Lutong, Miri dan Kolej Tunku Hj Bujang.


Isnin, 8 Februari 2010

KOIR KELAB SETIA


Ini merupakan kumpulan koir yang ditubuhkan oleh ahli-ahli Kelab Setia sesi 2009/2010. Syabas buat kalian! Kita saksikan sedikit persembahan mereka pulak..