Pada 29/06/2009, bertempat di Bilik APD SMK Marudi telah diadakanMesyuarat Agung Pemilihan Ahli Jawatankuasa Kelab Setia untuk Sesi 2009/2010. Turut hadir pada Mesyuarat Agung pada malam tersebut adalah Pegawai Penerangan Daerah, En. Joseph James, guru penyelaras, Cikgu Anderson Jawi, Penyelaras Kelab Setia, Wirwan Nor Rama dan AJK Kelab Setia yang lama yang juga selaku petugas sewaktu proses pilihan raya diadakan. Penamaan calon telah berlangsung seminggu lebih awal dan telah menerima banyak pencalonan. Pada malam tersebut menyaksikan pemilihan AJK melalui proses pilihan raya yang julung kalinya diadakan di mana jawatan Presiden, Setiausaha dan Bendahari dipertandingkan. Ia sebagai memberi pendedahan kepada ahli-ahli Kelab Setia mengenai proses semasa pilihan raya.
Guru Penyelaras, Cikgu Anderson memberikan ucapan aluan & memberi penerangan mengenai proses pilihan raya
Proses pembuangan undi berjalan dengan lancar
Calon-calon yang bertanding jawatan tertinggi AJK
Proses pengiraan undi dijalankan
Mantan Presiden, Emily Eno menyampaikan ucapan
Presiden baru, Joseph Madang menyampaikan ucapan pertama beliau
Pegawai Penerangan Daerah, En. Joseph James memberi amanat kepada ahli-ahli Kelab Setia
Jawatankuasa Kelab Setia SMK Marudi yang baru sesi 2009/2010
Presiden : Joseph Madang Timbalan Presiden : Sebastian Sim Setiausaha : Timothy Lenjau Timbalan Setiausaha : Vivien Avit Bendahari: Sylvester Laing Belulok Timbalan Bendahari : Morris Ding Luhat