Mesyuarat ini telah diadakan pada 22 Januari 2009, 2.30 petang di Bilik Mesyuarat, Bangunan Persekutuan Marudi. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Emily Eno, Pengerusi Kelab Setia & dihadiri En. Joseph James selaku penasihat, En. Anderson Jawi, guru penyelaras & Wirwan Nor Rama, pegawai penyelaras serta 10 orang Ahli Jawatankuasa Kelab Setia. Mesyuarat adalah bertujuan pembentangan laporan daripada Setiausaha, Melisa Sator tentang Aktiviti Kelab Setia pada 2008 & Perancangan Aktiviti untuk tahun 2009. Para AJK kemudian sempat membuat lawatan ke Pejabat Penerangan Daerah & mengunjungi Pusat Maklumat Rakyat (PMR) Marudi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan