Isnin, 25 Februari 2013

Oliviana Buja muncul juara pidato Miri

Oliviana Buja dari SMK Marudi yang juga Presiden Kelab 1Malaysia SMK Marudi telah berjaya menambat hati juri & dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Pidato Pra-U bersempena Pertandingan Pidato Piala Diraja dan Pidato Pra-U Sekolah Menengah Peringkat Daerah Miri di Dewan Bunga Raya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbau baru-baru ini. Bagi kategori Pidato Piala Diraja, juara berpihak kepada Muhammad Irfan Maslan Malik dari SMK Lopeng Tengah. Sejumlah 12 buah sekolah mengambil bahagian pada Pidato Piala Diraja, manakala enam buah sekolah terlibat dalam Pidato Pra-U.  Syabas Oliviana! 

Tiada ulasan: